Sunday 21 August 2022

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN MEMANAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG

 

PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN MEMANAH 

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG

1.         UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

 

            Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery ( WA ) dan peraturan-peraturan AM MSSPP.

 

2.         JENIS PERTANDINGAN

 

2.1        Pertandingan akan dijalankan secara Pusingan Kelayakan WA dan Pusingan Olimpik Individu (kalah mati)dalam jangka masa EMPAT (4) hari termasuk hari latihan rasmi (sighters) yang akan dijalankan sebelum sesuatu jarak dimulakan.

 

ACARA

KATEGORI

JANTINA

JARAK

Pusingan Kelayakan  Individu & Berpasukan

18 tkb

L & P

70 m

15 tkb

L & P

60 m

12 tkb

L & P

30 m

Pusingan Penyingkiran Individu, Berpasukan dan Campuran

18 tkb

L & P

70m

15 tkb

L & P

60m

12 tkb

L & P

30m

 

3.         SISTEM PERTANDINGAN

 

            3.1       PUSINGAN KELAYAKAN WA (QUALIFICATION ROUNDS)

 

Setiap peserta diwajibkan memanah dua kali jarak ikut Kategori masing-masing sebanyak tiga puluh enam (36) anak panah bagi setiap jarak yang berjumlah Tujuh Puluh Dua  (72) anak panah keseluruhan. Peserta/Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan dikira pemenang.

 

3.2       PUSINGAN PENYINGKIRAN INDIVIDU (ELIMINATION ROUNDS)

 

32 orang peserta terbaik dalam Pusingan Kelayakan layak bertanding dalam acara ini yang dijalankan secara kalah keluar/mati.

 

Kategori            :  18 tkb/Tingkatan 6 Bawah ( Lelaki & Perempuan ) – Jarak 70 meter

                        :  15 tkb L & P – Jarak 60 meter

                        :  12 tkb L & P – Jarak 30 meter

T/Face              :  122 cm

 

3.3       PUSINGAN BERPASUKAN DAN CAMPURAN

 

Semua pasukan yang mendaftar minima 3 orang peserta bagi setiap kategori 12, 15 & 18 tkb layak bertanding dalam acara ini yang dijalankan secara kalah keluar/mati. 8 pasukan terbaik dari setiap kategori layak bertanding di peringkat ini.

 

Kategori            :  18 tkb L & P – Jarak 70 meter

                        :  15 tkb L & P – Jarak 60 meter

                        :  12 tkb L & P – Jarak 30 meter

T/Face              :  122 cm


4.         PENDAFTARAN PEMAIN/PESERTA

 

4.1 Setiap sekolah boleh mendaftar beberapa orang peserta yang boleh mengikutkategori yang ditetapkan. Setiap peserta sama ada acara perseorangan atau berpasukan sekiranya tidak  diiringi oleh seorang guru yang bertindak sebagai pengurus pasukan, penyertaannya ditolak.

        4.2    Bagi peserta yang tidak diiringi oleh guru sekolah hendaklah mendapat surat                         kebenaran dari pihak sekolah untuk menyertai kejohanan ini.

         4.3    Hanya sekolah yang menjadi Ahli Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang sahaja yang                   layak mengmbil bahagian.

         4.4    Acara Berpasukan Pusingan WA Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu                     (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan perempuan sahaja mengikut kategori                     umur.

 4.4.1     Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) orang peserta. Jumlah mata yang tertinggi bagi tiga (3) orang peserta adalah dikira pemenang.

 4.4.2     Pasukan yang menghantar kurang daripada tiga (3) peserta tidak layak menyertai acara pasukan.

 4.4.3     Bagi Acara Campuran Lelaki dan Perempuan setiap sekolah yang mendaftar sekurang-kurangnya dua (2) orang peserta bagi setiap kategori layak untuk menyertai acara tersebut,

 

5.         PERALATAN PERTANDINGAN

 

5.1        Peralatan yang dibenarkan Kategori 15 & 18 TKB adalah seperti termaktub dalam Undang-undang WA Book 3. Chapter 11.1

 

5.2        Untuk Kategori 12 TKB pengecualian adalah untuk peralatan berikut:-

 

5.2.1     Anak Panah/Arrow         -      Semua jenis anak panah dibenarkan                                                      kecuali  Anak panah panah karbon

5.2.2     Limb                             -      Semua jenis limb dibenarkan kecuali

                                                       karbon.

 

 

6.         MASA MELAPORKAN DIRI

 

6.1        Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim Kejohanan untuk pemeriksaan peralatan pertandingan pada hari latihan rasmi(sighter). 

 

6.2        Setiap peserta yang mengambil bahagian MESTI diiringi pengurus pasukan sekolah masing-masing sepanjang kejohanan.

 

6.3        Setiap pengurus pasukan DIKEHENDAKI berada di tempat pertandingan selama 30 minit selepas keputusan rasmi pertandingan dipamerkan.


7.         BANTAHAN

 

7.1        Setiap pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan mestilah dibuat secara bertulis beserta wang bantahan sebanyak RM 300.00 (Tiga Ratus Ringgit Sahaja ) dan diberi kepada Pengelola Pertandingan dalam masa tiga puluh minit (30) minit selepas keputusan rasmi pertandingan dipamerkan.

 

7.2.       Wang bantahan akan luput sekiranya bantahan yang dikemukakan didapati tidak wajar.

 

8.         JURI RAYUAN

 

8.1        Terdiri daripada Pengerusi Teknik, Ketua Hakim dan tiga (3) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.

 

9.         PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG

 

9.1        Jawatankuasa Pengelola berhak membuat tafsiran segala perkara yang tidak disiarkan di dalam undang-undang pertandingan ini dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.

 

10.       PEMILIHAN PESERTA KE PERINGKAT MSSM

 

10.1      Peserta yang akan mewakili MSSPP ke peringkat MSSM akan dipilih melalui Panel Pemilihan Peserta yang akan dilantik oleh Unit Sukan JPNPP kelak. Pemilihan oleh Panel Pemilihan Peserta tersebut adalah muktamad.